PETALING JAYA: Sebarang langkah mengurangkan hukuman terhadap kumpulan Generasi Penamat Rokok atau GEG memberikan isyarat salah kepada rakyat terhadap matlamat untuk melarang penjualan bahan tembakau kepada generasi muda. Kerajaan perlu mengenakan hukuman keras terhadap kedai dan pihak menjual rokok atau vape, bukannya menghukum remaja yang didapati mengambil kedua-dua barangan tersebut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerajaan tidak boleh bertolak ansur dan ambil mudah sehingga terpaksa tunduk dengan desakan segelintir pihak yang membantah draf Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya