Operasi LRT Laluan Ampang, Sri Petaling disambung semula

Operasi LRT Laluan Ampang, Sri Petaling disambung semula Feb 2024

PERKHIDMATAN LRT laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula pada 29 Februari 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dijangka beroperasi semula pada 29 Februari 2024.

Jangkaan itu lebih lewat daripada perancangan asal kerana kerja-kerja pembaikan serta pengoperasian normal laluan tersebut sepatutnya pada pertengahan bulan Oktober 2023.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan menyeluruh (Fasa 2) struktur jejambat dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya dijangka siap dalam tempoh lima bulan.

Namun, katanya, penambahan masa tersebut adalah amat perlu kerana selain daripada kerosakan asal pada jejambat 163, beberapa kerosakan lain telah dikesan pada struktur jejambat-jejambat yang berhampiran, iaitu jejambat 164 dan 165, yang memerlukan pembaikan yang menyeluruh.

“Setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada jurutera perunding, kerja-kerja tambahan perlu dilakukan pada struktur jejambat-jejambat tersebut bagi memastikan ianya selamat, mengikut spesifikasi dan dapat memenuhi kriteria pengoperasian normal.

“Kerja-kerja pembaikan ini juga perlu melibatkan nasihat, penilaian serta kelulusan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan kerana pemasangan struktur sokongan harus dipasang di dalam Sungai Klang yang terletak bersebelahan jejambat LRT yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, pertimbangan keselamatan adalah keutamaan semua pihak yang terlibat dalam menjalankan kerja-kerja yang berisiko tinggi ini, sekali gus kerja-kerja tambahan ini menyebabkan jangkamasa untuk kerja-kerja pemulihan dilanjutkan selama tiga bulan.

“Pihak Rapid Rail ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh pengguna. Keputusan yang diambil bagi melanjutkan masa kerja-kerja pemulihan adalah untuk memastikan semua kerosakan dapat dikenalpasti dan dibaiki demi menjamin keselamatan operasi dan pengguna pengangkutan awam,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya