olong rakyat kami di Pasir Gudang - Hassan

Makanan asas: Tolong rakyat kami di Pasir Gudang – Hassan

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendakwa rakyat di kawasannya berdepan masalah mendapatkan bekalan makanan asas dan berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membantu mengatasi masalah tersebut.

Hassanl berkata, rakyat sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan bagi memastikan mereka memperoleh bahan makanan asas yang kini dakwanya sukar untuk didapati.

Kata beliau, tidak pernah lagi rakyat mengalami masalah putus bekalan makanan utama seperti dihadapi ketika ini.

“Salam menteri, timbalan menteri, ketua pengarah KPDN. Saya Hassan Abdul Karim Ahli Parlimen Pasir Gudang kini di Pasir Gudang sekarang melihat keadaan rakyat, rakyat sedang marah.

“Beras tempatan, minyak masak, gula pasir, telur ayam tidak ada. Mohon KPDN tolong rakyat kami di Pasir Gudang. Sama ada buat segera Program Jualan Rahmah atau hantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya