Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI - Utusan Malaysia

Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI bermula 1 Oktober ini, selepas bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan, April lalu.

Beliau dipertanggungjawab untuk menetapkan hala tuju strategik Hospital UCSI, sebuah hospital swasta di Port Dickson, Negeri Sembilan dan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Kesihatan UCSI.

Selain itu Dr. Noor Hisham juga dilantik sebagai Profesor Adjung di Universiti UCSI dan akan menyumbang kepada program latihan klinikal dan penyelidikan perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UCSI dan Naib Canselor Universiti UCSI, Prof. Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, Dr. Noor Hisham akan berkhidmat sebagai pakar perunding bedah dalam bidang payudara, endokrin dan pembedahan am.

“Kepakaran dan pengalaman luas dalam dasar penjagaan awam yang dimiliki Dr. Noor Hisham akan memberi banyak manfaat kepada universiti itu dan Kumpulan Kesihatan UCSI.

“Beliau merupakan pejuang barisan hadapan dalam memerangi wabak pandemik Covid-19, beliau memimpin melalui teladan dan rekod prestasinya dalam perkhidmatan awam tiada tandingannya. Saya yakin dia akan membawa UCSI ke tahap yang lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Tahun ini, Dr. Noor Hisham bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan setelah 35 tahun berada dalam perkhidmatan awam dan menerima pelbagai anugerah atas sumbangannya dalam penjagaan kesihatan awam dan kepemimpinannya semasa menghadapi pandemik Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN