Noh Salleh tamat zaman duda, kini suami seorang peguam - Utusan Malaysia

Noh Salleh tamat zaman duda, kini suami seorang peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis Hujan, Noh Salleh, 38, menamatkan zaman bujang selepas sah bergelar suami kepada peguam, Fatin Athira Mustapa, 30, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Noh menerusi sekeping gambar yang dipaparkan di Instagramnya, pagi tadi.

Pasangan tersebut dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah lokasi di Tanjung Malim, Perak pagi tadi.

Dalam majlis tersebut, Noh dan Fatin tampil mengenakan busana serba putih sentuhan jenama fesyen tempatan, Fidae.

Khabar angin mengenai perkahwinan Noh tersebar selepas kad undangan ke majlis tersebut tular sejak awal Ogos lepas.

Utusan Malaysia difahamkan resepsi perkahwinan pasangan berkenaan akan diadakan malam ini di lokasi sama.

Noh sebelum ini  mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat bernama Musa.

Noh dan Mizz Nina bagaimanapun mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya