Nik Abduh selesai angkat sumpah Ahli Dewan Negara 

Nik Abduh selesai angkat sumpah Ahli Dewan Negara 

NIK Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini mengambil keputusan berehat dari arena politik selesai mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, hari ini. 

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan ahli-ahli Dewan Negara. 

“Setelah dipilih sebagai ahli dewan, dengan sesungguhnya bersumpah akan dengan jujur menunaikan kewajiban-kewajiban itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia kepada Malaysia dan akan memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaannya,” katanya di sini hari ini. 

Pada 5 September lalu, sidang DUN Kelantan sebulat suara melantik Nik Mohamad Abduh sebagai Ahli Dewan Negara selepas mendapat persetujuan majoriti ADUN Kelantan.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menyaksikan Nik Mohamad Abduh membuat keputusan mengejut dengan tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bachok.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Nik Mohamad Abduh mengumumkan berehat daripada arena politik tanah air.

Difahamkan, beliau mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik setelah namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN). 

Nik Mohamad Abduh sebelum ini mendedahkan permintaannya untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi DUN di Parlimen Pengkalan Chepa pada PRN telah ditolak.

Sebelum ini, terdapat ura-ura beliau akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Mengukuhkan lagi dakwaan itu apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Hashim Jasin mengesahkan bahawa nama Nik Mohamad Abduh melepasi tapisan Majlis Syura, sekali gus layak menjadi calon parti itu pada PRN, Ogos lalu. 

Bagaimanapun, namanya terus tercicir daripada arena politik negara selepas tidak tersenarai pada PRN. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya