Nik Abduh ikrar jadi Ahli Dewan Negara terbaik

Nik Abduh ikrar jadi Ahli Dewan Negara terbaik

NIK Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (kiri) bersama Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Sulaiman semasa menghadiri Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh berikrar memberi perkhidmatan terbaik selepas dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Kelantan.

Nik Abduh bagaimanapun menyifatkan tugas tersebut sama berat semasa diberi mandat oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen sebelum ini.

“Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mencadangkan saya sebagai Ahli Dewan Negara kali ini.

“Saya terima dengan penuh amanah dan tanggungjawab, saya juga akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darulnaim di sini semalam.

Anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu memberitahu, beliau sama sekali tidak menyangka diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Semua benda termasuk pelantikan ini saya tidak sangka. Apa yang saya rancang, Allah sudah rancang awal,” ujarnya.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam sebulat suara Nik Abduh sebagai Ahli Dewan Negara.

Pelantikan itu mendapat persetujuan secara majoriti  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan sejurus Speaker Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengemukakan cadangan tersebut.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mencadangkan nama Nik Abduh sebagai senator.

Cadangan itu kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohd. Fadzli Hassan.

Pemilihan Nik Abduh itu bagi menggantikan Mohamad Affandi Mohamad yang tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 7 Julai lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya