Nelayan dakwa pencemaran berlarutan lebih 10 tahun - Utusan Malaysia

Nelayan dakwa pencemaran berlarutan lebih 10 tahun

NORHIZAM Sarif menunjukkan air yang hitam mengalir di Sungai Sembilang sehingga menjejaskan nelayan dekat Jeti Sungai Sembilang, Jeram di Kuala Selangor, Selangor. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Pencemaran di Sungai Sembilang didakwa sudah berlarutan lebih 10 tahun namun tiada tindakan efektif menyelesaikan masalah itu.

Pengerusi Pangkalan Nelayan Sungai Sembilang, Norhizam Sarif berkata, ia berlaku sejak 2013 dan pernah diadukan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

Katanya, selepas aduan dibuat pihak berkuasa itu menemukan paip sepanjang kira-kira satu kilometer (km) dari tapak pelupusan sampah memasuki kawasan ladang kelapa sawit

“Ketika itu nelayan dibantu JAS dengan kerjasama pengurusan tapak pelupusan sampah berkenaan mengenal pasti paip tersebut yang menyebabkan pencemaran. Ketika itu dalam radius 1km semua pokok berhampiran paip tersebut mati.

“Kemudian paip itu dipindahkan antara 2016 hingga 2017 selepas ia dipercayai menyebabkan pencemaran. Tetapi masalah tidak selesai, air masih lagi hitam dan berbau terutama ketika air surut.

“Nasib baik waktu hujan, air sungai jadi bersih dan kurang bau. Tetapi sampai bila hendak berdepan masalah pencemaran itu, sudah 10 tahun nelayan-nelayan di sini hadapi.

“Kita sudah buat aduan kepada pelbagai jabatan terma­suk JAS, tetapi tak tahu kalau ada tindakan diambil atau tidak sebab air masih sama. Baru-baru ini Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ada datang pantau selepas aduan dibuat kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, nelayan yang terlibat dengan projek semaian benih kupang mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas lebih separuh kupang, siput anak dara dan hidupan cengkerang lain mati akibat pencemaran.

“Nelayan berdepan tekanan akibat kematian hasil semaian­ hidupan cengkerang serta kekurangan tangkapan akibat pencemaran tersebut.

“Situasi memburuk apabila air surut menyebabkan air tercemar dari hulu sungai mengalir ke muara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya