Nama Isham Jalil dalam senarai dipecat UMNO?

Nama Isham Jalil dalam senarai dipecat UMNO?

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Hizatul Isham Abdul Jalil atau Isham Jalil menyerahkan kedudukannya sama ada dipecat atau sebaliknya meskipun ada pihak menggesanya meletakkan jawatan kerana lantang mengkritik keputusan kepimpinan parti untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.

Malah dakwa Isham, terdapat beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat itu nanti. 

Kata bekas Ketua Penerangan UMNO itu, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana dipilih oleh akar umbi dalam pemilihan parti pada Mac lalu.

“Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai. Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya. 

“Perjuangan saya ikhlas kerana agama, bangsa dan tanah air dan bukan kerana kepentingan peribadi. Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah menentukan kifarahnya,” tulis beliau menerusi satu hantaran Facebook beliau semalam.

Sebelum ini, Isham memberitahu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram kelmarin menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan kira-kira 27,000 undi Melayu.

Selain itu, UMNO dan BN menunjukkan prestasi buruk pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu bulan lalu dipercayai akibat penolakan orang Melayu dan akar umbi parti.

Sebahagian besar ahli dan penyokong UMNO dikatakan belum dapat menerima kerjasama politik yang dijalinkan antara parti itu dan PH terutamanya DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Isham, mungkin beliau berbeza pandangan daripada segi dasar dan hala tuju parti, tetapi tidak pernah menghentam sesama Ahli Majlis Tertinggi secara terbuka dan sebagainya sama seperti seorang pemimpin parti.

“Seperkara lagi, dia kata kononnya saya suruh ahli UMNO jangan undi Pakatan Harapan (PH). Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live (siaran langsung) saya beberapa bulan lalu di Facebook. 

“Yang tulis headline (tajuk utama) kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina dan itu tidak betul, mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan dan pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada Majlis Tertinggi melalui Whatsapp group (kumpulan) beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul. 

“Boleh tanya Ahli Majlis Tertinggi yang lain untuk kepastian. Mungkin dia tidak baca juga, atau cuba fitnah saya lagi tanpa usul periksa. Pendirian saya ialah saya fokus kepada UMNO. Itu sahaja,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya