Nahas jalan raya: Bayi tiga bulan maut tiga cedera parah

Nahas jalan raya: Bayi tiga bulan maut tiga cedera parah

KEMALANGAN maut yang berlaku di kilometer 24 Jalan Semporna-Tawau semalam-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Dua beradik maut manakala, tiga mangsa lain cedera parah dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di KM24 Jalan Semporna-Tawau semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang itu, bayi lelaki berusia tiga bulan dan abangnya yang berusia tiga tahun maut apabila kenderaan Proton Saga dipandu abang ipar mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu oleh lelaki berusia 44 tahun bersama lima penumpang lain datang dari arah bertentangan dan masuk ke lorong Proton Saga tersebut.

Pacuan empat roda yang datang dari arah Tawau ke Pekan Semporna kemudian merempuh Proton Saga yang sedang dalam perjalanan dari Pekan Semporna ke arah Tawau.

“Akibat pertembungan itu, seorang bayi lelaki dan seorang kanak-kanak yang menaiki Proton Saga maut di lokasi kejadian manakala, tiga mangsa lain mengalami cedera parah.

“Mangsa yang cedera parah adalah pemandu Toyota Hilux, pemandu Proton Saga yang berusia 34 tahun dan penumpang wanita dewasa.

“Sementara itu, seorang wanita dewasa dan empat kanak-kanak yang berada dalam Hilux tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Semporna, Inspektor Hemkkumat A/L Ayathuray di talian 012-3650021 atau Balai Polis Semporna 089-782020 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya memandu dengan lebih cermat dan berhati-hati di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya