Nahas Elmina: Tiada bukti penemuan bulu burung pada enjin - Utusan Malaysia

Nahas Elmina: Tiada bukti penemuan bulu burung pada enjin

SIASATAN di kawasan kejadian kapal terbang terhempas, di Elmina. - UTSUAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada bukti penemuan objek asing di kedua-dua belah enjin kiri dan kanan pesawat dalam laporan awal nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 di Elmina Shah Alam bulan lalu yang dikeluarkan hari ini.

Menerusi laporan yang dikeluarkan di laman sesawang Kementerian Pengangkutan, kedua-dua enjin tidak mempunyai bukti pembebasan bilah seperti kemek, tebuk dan bulu burung pada mana-mana komponen enjin.

Kata laporan itu, pesawat berkenaan mempunyai Sijil Kelayakan Udara sah dan telah dikekalkan dengan mematuhi peraturan.

Pada 17 Ogos lalu, negara dikejutkan dengan insiden pesawat ringan jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Selangor dan mengorbankan 10 individu termasuk pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun antara individu disahkan maut di samping dua juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian itu yang berlaku pada pukul 2.48 petang.

Pesawat itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya