Muar, DUN Simpang Jeram diramal hujan lebat hingga 6 petang 

Muar, DUN Simpang Jeram diramal hujan lebat hingga 6 petang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diramal mengalami hujan lebat, ribut petir serta angin kencang sehingga pukul 6 petang ini. 

Ia susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di Muar serta beberapa kawasan lain di Johor. 

Selain Johor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah. 

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kemaman). 

“Seterusnya di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bera dan Rompin); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). 

“Selain itu di Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu dan Miri (Subis) serta Sabah: Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu),” menurut hantaran di laman Facebooknya hari ini. 

Jelas Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya