MOT nafi wujud kepentingan dalam siasatan kes plat klasik JPJ

MOT nafi wujud kepentingan dalam siasatan kes plat klasik JPJ

ROSPIOGOS TAHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menafikan wujud sebarang kepentingan dalam penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan salah laku membabitkan kes pendaftaran nombor plat klasik kenderaan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pasukan petugas khas itu turut dianggotai Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagus Taha bagi membolehkan akses siasatan yang lebih menyeluruh diperoleh.

“Jadi dia (pihak mendakwa) sebut isu itu adalah dari 2016, jadi Ketua Pengarah tidak ada kepentingan. Sebab itu perlu ada penglibatan JPJ.

“Sebab dia (Ketua Pengarah JPJ) memerlukan akses penuh kepada maklumat daftar dan sebagainya. Kalau tiada penglibatan Ketua Pengarah JPJ bagaimana dia boleh akses maklumat,” katanya dalam sidang akhbar selepas ucapan dasar Persidangan DAP 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah pasukan yang akan dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan dikerah untuk menyiasat dakwaan salah laku plat klasik kenderaan seperti didakwa saluran Telegram Edisi Siasat.

Sebelum ini, Edisi Siasat mendakwa wujud skandal membabitkan pegawai JPJ apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit.

Dakwaan turut menyertakan dokumen 28 muka surat dikenali ‘JPJandora Papers’ yang antara lain memaparkan senarai nombor plat kenderaan klasik yang didakwa dipunggah keluar, didaftarkan hak milik serta termasuk ada yang sudah dijual dengan harga amat lumayan sama ada kepada individu atau syarikat.

Dokumen itu turut memperincikan jumlah nombor yang disenarai berdasarkan tahun iaitu sejak 2007, selain mengikut negeri dengan Selangor, Perak dan Johor antara paling tinggi.

Semalam Loke juga mengarahkan JPJ untuk memperbaiki sistem JPJeBid susulan ia berdepan kekangan kapasiti terutama pada waktu puncak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya