Mitra sudah belanja RM100 juta tahun ini

Mitra sudah belanja RM100 juta tahun ini

R. RAMANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) membelanjakan kesemua dana RM100 juta sebagaimana diperuntukkan kerajaan dalam Belanjawan 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khasnya, Datuk R, Ramanan berkata, pencapaian itu dilihat baik berbanding tahun sebelum ini apabila Mitra hanya berjaya menghabiskan 63 peratus daripada keseluruhan RM100 juta yang diperuntukan kerajaan ketika itu.

Katanya, pada 2016 cuma 35 peratus dibelanjakan; 57 peratus (2017); satu peratus (2018); 58 peratus (2019) diikuti 63 peratus (2020), 73 peratus (2021) dan 63 peratus pada tahun lalu.

“Berdasarkan rekod setakat semalam, agensi tersebut sudah pun menyalurkan dana bernilai RM39.6 juta meliputi sebanyak enam inisiatif ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ramanan berkata, pihaknya mendapati terdapat permohonan berganda oleh individu sama dan Mitra sedang memastikan situasi pertindihan sedemikian diputihkan sebelum dana disalur.

Beliau memberikan contoh program subsidi pendidikan awal tadika swasta dengan pihak Kementerian Pendidikan apabila ada pengusaha dikesan memohon lebih daripada sekali termasuk program bantuan subsidi dialisis dan pengajian ijazah sarjana muda.

Justeru, beliau memberi jaminan bahawa pemohon tidak perlu risau kerana permohonan diteliti dengan telus dan nama yang berjaya disiarkan menerusi laman sesawang Mitra. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya