Mia Sara tak boleh diusik? - Utusan Malaysia

Mia Sara tak boleh diusik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga terus-terang, tak pernah lagi ada kesempatan bertemu atau menemu bual pelakon baharu ini. Namun, Cik Bunga tahu, dia ini anak perempuan kepada pelakon handalan tanah air, Datuk Afdlin Shauki.

Sebenarnya, jauh di sudut hati, Cik Bunga dapat rasakan lambat laun, Mia Sara ini akan berkecimpung juga dalam bidang seni, sama seperti ayahnya.

Berbekalkan bakat dan wajah yang manis, Cik Bunga rasa kehadiran Mia dalam industri seni hiburan ini akan menyuntik kemeriahan, sebaris dengan pendatang-pendatang baharu lain.

Pun begitu, dalam keterujaan itu, Cik Bunga ada terdengar gosip mengenai Mia yang dikatakan tak boleh diusik, betul ke? Maksud tak boleh diusik itu macam tak bolehI interview sembarangan.

Eh! Tak akanlah begitu? Kononnya, semua itu kerana Afdlin yang letakkan syarat agar Mia ini tak boleh begitu begini. Iyalah, kononnya Afdlin pun kini sudah sertai bidang politik, berstatus tinggi, maka dia hendak jagalah nama baiknya.

Tak tahulah, itu antara apa yang kita dengar. Nama pun cakap-cakap belakang. Cik Bunga tak rasalah Mia ini nak kena ada ‘hak keistimewaan’ seperti itu dengan bersandar pada reputasi dan kredibiliti bapanya.

Sebagai anak seni, Cik Bunga yakin yang Mia ini pasti sebolehnya mahu berdiri atas kaki sendiri dan bergerak membina nama tanpa perlu menumpang populariti bapanya. Tak begitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya