Mereka ada cara sendiri - Asfarina hargai penyanyi baharu nyanyikan semula lagu Feminin - Utusan Malaysia

Mereka ada cara sendiri – Asfarina hargai penyanyi baharu nyanyikan semula lagu Feminin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Feminin, Asfarina Muhamad, 48, berharap peminat tidak membanding-bandingkan pembawakan penyanyi masa kini terhadap lagu-lagu yang pernah dipopularkan kumpulan itu.

Kata Asfarina atau mesra disapa As, setiap penyanyi ada cara nyanyian tersendiri dan usaha mereka dalam menyanyikan semula lagu-lagu Feminin perlu disokong dan dihargai.

“Saya tak selesa kalau ada pihak yang membanding-bandingkan, mengatakan versi Untukmu yang asal lebih baik berbanding yang baharu. Saya tak mahu itu (perbandingan).

“Penyanyi lain ada cara nyanyian tersendiri. Justeru, kalau mereka nyanyi lagu lama, kita kena beri sokongan dan hargai. Bukan ‘bunuh’ motivasi mereka.

“Jadi saya sangat menghargai, meraikan dan mengalu-alukan penyanyi baharu untuk menyanyikan semula lagu-lagu Feminin dengan cara mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

As mengulas tentang lagu Untukmu yang dinyanyikan semula penyanyi baharu Aisha Retno, Serene Claire, Tika Nasir dan Fiza Thomas untuk drama Gadis Muzikal.

As Dalam pada itu meluahkan rasa terharu apabila lagu Untukmu yang dimuatkan dalam album Untukmu pada tahun 1993 masih dinyanyikan dan dihargai peminat.

“Sekarang macam-macam versi orang buat terhadap lagu itu. Kebanyakannya saya terlepas pandang dan tak sempat dengar.

“Dalam keadaan banyak lagu dihasilkan sekarang, orang masih nyanyi dan dengarkan lagu Untukmu.

“Jadi saya memang terharu dan gembira terhadap masyarakat yang menerima lagu itu sampai sekarang,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya