Menghendap pembaca berita: pekerja restoran mengaku hanya

Menghendap pembaca berita: pekerja restoran mengaku hanya mahu berjumpa

Mahkamah KL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya nak jumpa dia je.”

Kata-kata itu disebut berulang kali oleh seorang pekerja restoran ketika didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menghendap seorang pembaca berita stesen televisyen swasta, pertengahan bulan lalu.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Azhari @ Azari Abd Rahman, 55, didakwa melakukan pengintaian terhadap Ainaa Kamalia Jamaludin, 31, dengan menghantar mesej di media sosial dan berulang kali pergi ke tempat kerja wanita itu pada pukul 4 petang, 17 September lalu di Awesome TV, Tingkat 18, Menara Bank Rakyat, di sini.

Ainaa Kamalia merupakan pembaca Berita 7.57 stesen berkenaan.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa, Asisten Superintendan, Muhamad Sapri Yaakub mencadangkan jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela, Mohamad Zaidi Othman yang mewakili tertuduh memaklumkan keluarga Muhammad Azhari tidak berhasrat untuk membayar jamin sebaliknya memohon agar lelaki terbabit dihantar untuk pemeriksaan psikiatri.

“Sebelum ini, dia pernah didaftarkan di Jabatan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi dia tidak pergi untuk mendapatkan rawatan. Mohon satu tarikh singkat untuk saya dapatkan rekod daripada HKL.

“Saya membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar anak guam dihantar ke hospital berkenaan kesihatan mentalnya,” kata Mohamad Zaidi. 

Pendakwaan tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan itu.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 6 Oktober ini untuk sebutan bagi mengetahui status rekod perubatan mengenai kesihatan mental tertuduh. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN