MBMB cadang bina parkir automatik bertingkat

MBMB cadang bina parkir automatik bertingkat

ZULKIFLEE Mohd. Zin (tiga dari kiri) bersama Shadan Othman selepas pelancaran Program Santai@Banda Hilir Bus On Demand Kumpool Kasturi di Jalan Laksamana, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang membina sistem parkir mekanikal automatik bertingkat bagi mengatasi masalah kekurangan parkir di kawasan tumpuan pelancong.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, ia dijangka dapat mengatasi kekurangan parkir terutama sewaktu pelaksanaan zon bebas kenderaan, setiap Sabtu.

Katanya, pihaknya sedang menilai dan meneliti lokasi paling sesuai bagi pembinaan fasiliti itu.

“Kita memang ada perancangan untuk membina sistem parkir mekanikal automatik di beberapa tempat tetapi ia masih dalam proses untuk pelaksanaannya.

“Ini adalah usaha terbaharu MBMB bagi penambahbaikan sistem parkir sedia ada di bandar raya ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Santai@Banda Hilir Bus On Demand Kumpool Kasturi di Jalan Laksamana di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd. Zin.

Tambah Shadan, pelaksanaan zon bebas kenderaan bermula dari persimpangan lampu isyarat Padang Nyiru hingga Menara Taming Sari akan diteruskan.

Katanya, purata 15,000 pengunjung direkodkan berjalan di zon berkenaan sejak pelaksanaannya bermula empat minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya