MBIP, JPNJ kerjasama tingkat kemahiran guru sains 100 sekolah

MBIP, JPNJ kerjasama tingkat kemahiran guru sains 100 sekolah

MBIP bekerjasama dengan JPNJ untuk tingkat mutu pendidikan guru-guru sains di 100 buah sekolah menerusi Bengkel Latihan Pembelajaran Profesional Guru E-STEM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) untuk meningkatkan mutu pendidikan guru-guru dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

Datuk Bandar Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad berkata, kerjasama itu dijalin melalui penganjuran Bengkel Latihan Pembelajaran Profesional Guru E-STEM yang melibatkan 100 buah sekolah.

Menurut beliau, tujuannya adalah untuk memperkukuh pengajaran dan pembelajaran pendidikan kelestarian.

“Usaha berterusan MBIP dan JPNJ dalam memperkukuh pendidikan kelestarian turut disokong James Dyson Foundation (JDF).

“Kerjasama rentas agensi dan industri ini akan menjadi asas penting bagi Bandar Iskandar Puteri meningkatkan keupayaan masyarakat secara inklusif dalam menuju sebuah bandar pintar berdaya huni,” katanya kepada pemberita di Dewan Utama MBIP, di sini.

Tambah beliau, bengkel tersebut turut menjadi platform interaksi antara guru-guru sains dan jurutera dari Dyson Malaysia bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kepakaran.

“Peluang tersebut secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada pendidikan kelestarian di negeri Johor sebagai elemen rentas kurikulum menerusi E-STEM (Environment, Science, Technology, Engineering, Mathematics).

“Bengkel berkenaan bakal memberi manfaat kepada 3,000 murid sekolah rendah melalui amalan pengajaran berasas projek yang berimpak kepada pembelajaran dan kemampanan gaya hidup melalui pelaksanaan modul aktiviti ‘JDF Challenge Cards’ bermula Oktober nanti,” ujarnya.

Menurut Mohd. Haffiz lagi, JDF Challenge Cards diperkenal bagi memperkasa perlaksanaan pendidikan E-STEM di peringkat sekolah rendah.

“Modul aktiviti tersebut bertujuan membentuk karakter dan tabiat pemikiran sains dalam kalangan murid melalui amalan pembelajaran berasaskan projek,” jelasnya lanjut. -UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya