Mayat wanita rentung dalam kebakaran di Pulau Ketam - Utusan Malaysia

Mayat wanita rentung dalam kebakaran di Pulau Ketam

Pulau Ketam
PASUKAN bomba sukarelawan Pulau Ketam membantu memadam kebakaran dekat sebuah rumah antara yang terbabit dalam kejadian di Bagan Teow Chew di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kehilangan seorang wanita dalam kebakaran tiga rumah di Bagan Teow Chew, Pulau Ketam di sini, terjawab apabila mayatnya ditemukan rentung malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat mangsa berusia 49 tahun itu dijumpai pihaknya pukul 10.05 malam.

“Penemuan itu hasil operasi pencarian yang diteruskan selepas paras air surut di lokasi kejadian.

“Mayat wanita itu ditemui terdampar di tiang rumah yang musnah dan dalam proses untuk dibawa keluar,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Terdahulu, mangsa yang juga penduduk kawasan itu dipercayai berada di dalam rumah ketika kejadian kebakaran tersebut.

Kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu turut memusnahkan tiga bot dan dua tempat pemunggahan ikan.

Penduduk memaklumkan ketika kejadian rata-rata penduduk yang terdiri daripada nelayan tiada di rumah kerana keluar mencari hasil laut.

Kebakaran itu dipercayai bermula dari sebuah rumah sebelum merebak ke premis berdekatan lain namun berjaya dipadamkan kira-kira pukul 2.30 petang.

Operasi pemadaman dilakukan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Kota Raja, Andalas dan Pasukan Bomba Sukarelawan Pulau Ketam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya