Mayat dua pelajar ditemukan lemas di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi  - Utusan Malaysia

Mayat dua pelajar ditemukan lemas di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi 

PASUKAN penyelamat mengusung mayat dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Pencarian dua pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikhuatiri lemas di kawasan Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, dekat sini, berakhir selepas mayat kedua-kedua remaja lelaki itu ditemukan malam ini. 

Mayat Muhammad Qamarul Ariffin Mohd Ramly, 20,  berasal dari Taman Tas, Kuantan, Pahang dan  Muhammad Khalili Hasnol, 20, berasal dari Ampang Jaya, Selangor ditemukan kira-kira pukul 8.40 malam ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat  Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Penolong Penguasa Bomba Sharifuddin Ali berkata, mayat kedua-kedua mangsa ditemukan di dasar air terjun tersebut pada kedalaman lima meter.

“Belum sampai 10 minit pasukan penyelamat membuat selaman, Alhamdulillah kedua-kedua mangsa ditemukan di dasar air terjun berkenaan.

“Kita telah membawa mangsa ke darat dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, malam ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, dua pelajar Diploma Teknologi Maklumat tersebut bersama tujuh lagi rakan sekuliah mereka ke kawasan air terjun itu untuk mandi manda sempena cuti Maulidur Rasul. 

Kedua-dua mereka cuba dibantu rakan-rakannya yang turut mandi di kawasan itu selepas dilihat terkapai-kapai dan tenggelam timbul beberapa kali, namun kedua-keduanya hilang dari pandangan dan tidak berjaya diselamatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya