Mayat anak kapal Eco Galaxy ditemukan - Utusan Malaysia

Mayat anak kapal Eco Galaxy ditemukan

Lemas
PASUKAN Maritim Malaysia mengangkat mayat mangsa yang ditemui di sekitar perairan Pulau Tengah, Klang, Selangor, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Kehilangan seorang anak kapal Eco Galaxy yang terjatuh ketika menyambut tali dari bot di Perairan Pintu Gedung kelmarin terungkai apabila mayatnya ditemukan hari ini.

Mayat lelaki warga Filipina dikenali Peligres Jaime Langusta, 57, itu ditemui di sekitar perairan Pulau Tengah, kira-kira pukul 9.26 pagi tadi.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, pasukan bot ronda menerusi Op Carilamat menemui mayat mangsa dalam keadaan terapung. 

Katanya, mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah bagi proses pengecaman sebelum diserahkan kepada polis dan Hospital Banting bagi tindakan lanjut.

“Pengecaman awal oleh ejen Kapal Eco Galaxy mengesahkan mayat itu adalah Peligres Jaime yang terjatuh ke pada Rabu lalu. Op Carilamat ditamatkan pukul 1.13 petang tadi dan Pos Hadapan di jeti Tanjung Rhu, Pulau Carey turut ditutup sepenuhnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Mohd. Sharenliza, operasi pencarian hari ketiga itu menggunakan tiga bot daripada Maritim Malaysia, PPM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan turut dibantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) Selangor.

Op Carilamat itu diaktifkan selepas menerima maklumat kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Berdasarkan maklumat awal, mangsa bersama seorang lagi kru ditugaskan menurunkan ‘pilot ladder’ dan menyambut tali dari bot pilot TEGUH 8 sebelum terjatuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya