Masalah bekalan air resahkan 1,000 penduduk PPR

Masalah air resahkan 1,000 penduduk PPR Taman Seri Segindai Kinarut

KIRA-kira 1,000 penduduk PPR Taman Sri Segindai, Kinarut, Papar terjejas akibat gangguan bekalan air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gangguan be­kalan air yang berlaku sejak Mei sehingga kini menyusahkan dan mengganggu kehidupan seharian lebih 1,000 penduduk di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Seri Segindai Kinarut, Papar.

Bagi Azwan Jamal, 44, setiap kali tiada bekalan air alasan yang diberikan adalah sama iaitu tekanan air rendah. Tapi, tiada jaminan diberikan sampai bila masalah gangguan bekalan air itu akan selesai.

“Sampai bila kami harus berhadapan dengan gangguan bekalan air. Bukankah catuan sepatutnya untuk jangka masa yang singkat seperti kami hadapi sejak lima bulan ini.

“Semasa kami hubungi Ja­batan Bekalan Air Sabah, pihak jabatan sendiri tidak dapat menjawab masalah gangguan bekalan air ini akan berlanjutan sampai bila. Kalau pihak jabatan tiada langkah untuk mengatasi gangguan bekalan air di sini, kepada siapa lagi kami hendak mengadu?,” katanya kepada Utusan Online.

Menurutnya, tiada lori tangki air daripada jabatan yang dihantar bagi membekalkan air ke kawasan perumahan berkenaan.

“Bayangkan bagi keluarga yang mempunyai ramai anak yang bersekolah, di mana mereka hendak mendapatkan bekalan air. Mungkin ada yang terpaksa mandi di rumah saudara mara, stesen petrol mahu pun masjid berhampiran,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd. Ali menyatakan masalah bekalan air di kawasan perumahan yang tinggi seperti Kondominium Puncah Gloxinia dan Pangsapuri Seri Segindai memang berlaku.

Justeru, beliau mempertimbangkan keperluan pemasangan telaga tiub. Namun, perkara ini perlu bantuan Jabatan Mineral dan Geosains untuk membuat kajian mengenai kesesuaian memasang telaga tiub di kawasan perumahan sebegitu.

“Ada pihak korporat yang sudi memberi sumbangan bagi memasang telaga tiub di Papar dan kita tengah cari lokasi pa­ling bermasalah dan antara kawasan yang saya nampak adalah Kondomonium Puncak Gloxinia dan Pangsapuri Seri Segindai,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya