Masa perkasa pertanian moden - Utusan Malaysia

Masa perkasa pertanian moden

DRON digunakan untuk kerja-kerja menabur baja dan menyembur racun dalam Program Sawah Berskala Besar (Smart SBB) di bawah Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Gong Dasar, Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya Malaysia memperkasakan kaedah pertanian moden sama ada secara hidroponik atau secara tanaman menegak (vertical farming) terutamanya di kawasan bandar bagi meningkatkan sumber bekalan makanan.

Hidroponik ialah kaedah bercucuk tanam yang menggunakan air baja sebagai nutrien tanpa menggunakan tanah.

Pertanian menegak pula merupakan aktiviti penanaman yang dijalankan secara menegak di ruang yang terhad.

Ketua Laboratori Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (ITAFoS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Samad berkata, kaedah pertanian itu sudah wujud di negara ini, tetapi masih suram dan perlu diperkasakan lagi.

Bagaimanapun katanya, ia memerlukan kerjasama semua golongan masyarakat dan pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dengan tanaman berbentuk hidroponik atau pertanian menegak, mereka duduk di rumah kondominium, pangsa, flat atau pangsapuri boleh bercucuk ta­nam manakala rumah berjenis landed house pula boleh kepada kebun komuniti atau pertanian bandar (urban farming).

“Apa sahaja tanaman boleh ditanam melalui kaedah hidroponik atau pertanian menegak ini sama ada sayuran, cili, halia atau bawang yang sememang­nya kita sangat bergantung kepada import.

“Jika hasrat ini tercapai, ia secara tidak langsung meningkatkan sumber bekalan negara dan mengurangkan kerbergantu­ngan kepada import serta menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

“Cuma pemerkasaan ini perlu didahului oleh pemimpin kerajaan untuk sahut perkara ini dan diuar-uarkan. Pada masa sama, perlu ada insentif diberikan me­lalui persatuan (perumahan atau NGO berkaitan) untuk mengga­lakkan jenis pertanian ini. Kalau tidak ada insentif yang menarik, maka sambutan daripada orang awam agak suram,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dr. Abdul Rahim berkata, syarikat gergasi swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dengan perladangan besar perlu menyambut hasrat kerajaan untuk turut sama me­ningkatkan sumber bekalan makanan negara.

“Misalnya, daripada memberi fokus kepada tanaman kelapa sawit, mereka boleh secara sukarela peruntukkan berapa peratus tanah yang ada untuk tanaman bekalan makanan berbanding dengan menanam semula kelapa sawit selepas tempoh menuai sawit tamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya