Mansuh pencen untuk pengambilan baharu, bukan sedang berkhidmat - KJ - Utusan Malaysia

Mansuh pencen untuk pengambilan baharu, bukan sedang berkhidmat – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saranan memansuhkan pencen adalah untuk pengambilan baharu dan bukannya kepada mereka yang sedang berkhidmat.

Demikian penjelasan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran di Facebook.

“Saya kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan ‘clickbait’ tanpa mengambil konteks penuh tentang cadangan saya berkenaan memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam sekali gus mengelirukan pembaca.

“Saya secara spesifik dan jelas mengatakan cadangan itu adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan ke atas mereka yang sedang dalam perkhidmatan demi menjaga fiskal negara.

“Ikuti ulasan penuh tentang isu ini dalam Episod 53 #KeluarSekejap di YouTube,” katanya.

Sebelum ini, Khairy dilapor bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen Ahli Parlimen serta penjawat awam seperti dicadangkan sebahagian pakar ekonomi sebelum ini.

Katanya, langkah itu adalah mekanisme terbaik bagi mengimbangi fiskal negara dengan menukarkannya kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagaimanapun Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan saranan untuk menghapuskan atau membatalkan kemudahan pencen yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa hadapan itu sebagai suatu cadangan yang mengarut atau tidak wajar dibangkitkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN