Mangsa kemalangan maut dikebumikan di dua lokasi berasingan

Ketiga-tiga mangsa kemalangan maut selamat dikebumikan di dua lokasi berasingan

AMBOK Salingkek Abd. Fatah menyiram air mawar ke atas kubur ibunya, Indok Akok Dg. Sitakak dan adiknya, Tahallah Abd. Fatah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimon, Benut, Pontian, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Jenazah tiga sekeluarga yang maut akibat kemalangan jalan raya di KM167, Jalan Johor Bahru–Segamat petang semalam, selamat dikebumikan di dua lokasi berasingan pada petang ini.

Jenazah Allahyarham Indok Akok Dg. Sitakat, 89, dikebumikan dalam satu liang lahat bersama anaknya, Tahallah Abd. Fatah, 62, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kerimon pada pukul 5 petang tadi.

Manakala jenazah menantu Indok Akok, Fatimah Ismail, 66, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Tampok, Benut pada kira-kira pukul 5.30 petang.

Terdahulu suasana pilu menyelubungi rumah Indok Akok, apabila ketiga-ketiga van jenazah yang membawa mereka selamat tiba pada kira-kira pukul 3.40 petang daripada Hospital Segamat.

Kira-kira 300 orang ahli keluarga diberi peluang bagi menatap kali terakhir ketiga-tiga wajah mereka sebelum dibawa ke Masjid Jamek Kampung Parit Kerimon bagi solat jenazah.

Solat jenazah diimamkan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Parit Kerimon, Yahya Jamil dengan dihadiri oleh 150 jemaah dalam kalangan penduduk tempatan serta sanak saudara ketiga-ketiga mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya