PUTRAJAYA: Lebih 30,000 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dan Cina dihantar ke tiga negara masing-masing ke Australia, Kanada dan United Kingdom bermula semalam. Ia adalah penghantaran kedua disumbangkan oleh Malaysia selepas 30,000 naskhah al-Quran dalam terjemahan bahasa Khmer ke Kemboja pada 29 Mac lalu. Majlis pelepasan tiga kontena itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Nasyrul Quran, di sini, semalam. Penghantaran al-Quran ke negara luar itu adalah sebahagian daripada sasaran pencetakan dan pengedaran 500,000 naskhah al-Quran yang disasarkan tahun ini. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama Yayasan Restu menyasarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya