Maaf, soalan lain? - Syafiq Kyle enggan ulas kahwin tidak jadi

Maaf, soalan lain? – Syafiq Kyle enggan ulas majlis kahwin tidak jadi

SYAFIQ KYLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Syafiq Kyle enggan mengulas lanjut mengenai sebab majlis perkahwinanya bersama-sama Mimi Lana yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos, tidak dilanjutkan.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, ketika ditemui berkata, isu ini terlalu sensitif untuk dibicarakan namun telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pihak.

“Saya ambil maklum dengan isu ini dan berterima kasih kepada mereka yang ambil berat.

“Saya berharap isu ini tidak akan diulas lanjut kerana ia melibatkan banyak pihak.

“Saya ambil pendekatan ini untuk menghormati keluarga saya dan Mimi serta menyelesaikan perkara cara ini secara baik,” katanya.

Syafiq Kyle ditemui Utusan Malaysia dalam majlis sidang media filem Doh sempena Hari Malaysia di Dataran Merdeka sebentar tadi.

Ditanya status hubungannya dengan Mimi Lana, 27, pelakon drama Nur itu mengambil pendekatan untuk memberikan ruang kepada diri masing-masing.

“Buat masa sekarang saya mengambil pendekatan untuk ambil masa dan ruang.

“Fokus masing-masing kepada keluarga dan kerja,” tambahnya.

Doh merupakan naskhah sulung yang dihasilkan oleh produksi milik Syafiq sendiri, Indigo Films.

Menerusi filem Doh yang ditayangkan di aplikasi penstriman tonton, Syafiq membawakan watak Faiz yang tersepit sama ada untuk mempertahankan bakeri turun temurun milik bapanya atau sebaliknya.

“Insya-Allah produksi kami akan hasilkan lebih banyak karya selepas ini. Naskhah yang boleh memberikan nilai baik kepada masyarakat,” katanya.

Turut sama menjayakan filem arahan Arif Zulkarnain dan Haris M. Nor itu ialah Sherlyn Seo, Fabian Loo dan Fatimah Abu Bakar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya