Lumayan jadi peraih belut

Lumayan jadi peraih belut

SAHARUDIN Itam menunjukkan belut yang dibeli daripada penduduk sebelum dijual di luar Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Walaupun hanya menjadi peraih belut, pekerjaan itu mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.

Saharudin Itam, 36, berkata, meskipun ramai rakannya berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan di bandar-bandar besar untuk mengubah hidup, namun, dia memilih untuk tinggal di kampung dan menjadi peraih belut.

Menurutnya, dia mula membeli dan menjual belut sejak 10 tahun yang lalu.

“Ia bermula ketika saya membantu kakak menjual ikan di Kelantan. Pada masa itu, saya lihat belut mempunyai potensi pasaran yang luas di negeri pantai timur dan bekalan yang mereka peroleh datangnya dari negeri-negeri di utara seperti Perak, Pulau Pinang dan Kedah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, sejak itu dia mula mencari dan membeli belut daripada penduduk di sekitar utara Perak dan menjualnya ke negeri Kelantan dan Terengganu.

Malah, katanya, dia mengembangkan lagi pembelian belut ke Kedah dan Pulau Pinang untuk tambah bekalan.

“Kini, setiap minggu paling minimum saya memerlukan sebanyak dua tan metrik belut bagi membekalkan kepada pelanggan di Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor Bahru,” katanya.

Katanya, penghantaran belut kepada pelanggan dilakukan menggunakan perkhidmatan kenderaan perdagangan.

Menurutnya, belut mempunyai permintaan yang amat tinggi dan harganya di pasaran juga amat baik.

“Harga belian adalah mengikut harga pasaran antara RM18 hingga RM21 untuk sekilogram.

“Kadang kala harganya boleh mencapai hingga RM25 sekilogram manakala harga jualan di pasaran pula sekitar RM25 ke atas bagi sekilogram,” katanya.

Katanya, walaupun pekerjaannya itu kurang popular dalam kalangan anak muda, namun, dia berhasrat untuk mengembangkan lagi pasarannya di seluruh negara.

“Saya juga bercadang mengeluarkan produk berasaskan belut iaitu keropok lekor belut dan kini masih di peringkat percubaan.

“Ia sedang melakukan penambahbaikan dalam produk itu sebelum dipasarkan kepada umum,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya