Limpahan emosi, jiwa Cakra Khan - Utusan Malaysia

Limpahan emosi, jiwa Cakra Khan

KUALA LUMPUR 17 Sept 2023 - Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp KL malam semalam bersama artis undangan seperti Nadeera dan Riri Moeya yang dibawakan oleh Dream Festival Collaboration Volume 4. / M Firdaus M Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

“Ada perkara yang cukup saya sesali sehingga sekarang. Saya tidak pernah beriya atau betul-betul menghargai apa yang ada di depan mata.”

Itu antara kata-kata penyanyi Indonesia, Cakra Khan yang mengundang sebak peminat yang hadir menyaksikan Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ucapan itu turut melimpahkan air mata jantan Cakra yang nyata merindukan sosok seorang ayah sebelum menyanyikan lagu Monster nyanyian asal James Blunt.

Dalam konsert yang dianjurkan Dream Festival itu, Cakra turut menyanyikan beberapa lagu sebagai latar penceritaan perjalanannya dalam mengejar impian untuk menjadi penyanyi terkemuka.

Memilih lagu Terlanjur Cinta (nyanyian asal Rossa dan Ungu) duet bersama penyanyi jemputan, Riri Moeya, Cakra meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Datuk Seri Rossa yang membuka jalannya untuk berkarya di Malaysia.

“Saya masih ingat lagi, Rossa adalah artis pertama yang membawa saya ke sini. Saya diberi peluang menyanyi di konsert solonya. Sejak itu, karya-karya nyanyian saya mula mencuri hati peminat tempatan.

“Sehingga sekarang, di mana sahaja konsert saya, Rossa pasti akan hadir. Sokongannya tiada berbelah bahagi. Terima kasih Rossa, orangnya cukup baik dan berhati mulia,” katanya sebelum disambut dengan tepukan gemuruh.

KUALA LUMPUR 17 Sept 2023 – Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp KL malam semalam bersama artis undangan seperti Nadeera dan Riri Moeya yang dibawakan oleh Dream Festival Collaboration Volume 4. / M Firdaus M Johari

Dua jam persembahan sebenarnya masih terlalu singkat untuk seorang Cakra menghiburkan peminat yang hadir. Pemilihan lagu yang cukup dekat dengan peminat juga membuatkan masing-masing menyanyi sama.

Tidak hanya menyanyikan lagu popularnya seperti Mencari Cinta Sejati, Kekasih Bayangan dan Kepada Hati, penyanyi berusia 31 itu juga turut menyanykan lagu fenomena, Sial dan I’m Not The Only One.

Menutup konsert, Cakra memilih lagu keramatnya Harus Terpisah sebagai isyarat persembahannya harus berakhir.

Menyoroti minit-minit persembahan, Cakra merupakan seorang penyanyi yang cukup bijak menggunakan pentas dan menyelami peminat yang hadir dengan usikan serta lawak spontannya.

Tidak menghairankan, konsert yang menampilkan penyanyi kelahiran Pandangaran ini sering laku keras ibarat pisang goreng panas. Suara, aura dan kebijaksanaan di atas pentas menjadi kunci menarik peminat yang hadir.

Malah sebelum Cakra mengambil alih pentas, peminat yang hadir turut terhibur dengan persembahan pembukaan daripada penyanyi Indonesia, Riri Moeya dan Malaysia, Nadeera yang masing-masing menyanyikan empat buah lagu.

Sekalung tahniah juga buat penganjur yang bijak menampilkan artis-artis ternama dalam siri konsert Dream Festival sebelum dan selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya