Lima suspek kes rogol dituduh esok, abang ipar turut disyaki rogol mangsa

Lima suspek kes rogol dituduh esok, abang ipar turut disyaki rogol mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Abang ipar kepada wanita yang dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Wangsa Maju, bulan lalu dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashaari Abu Samah berkata, siasatan mendapati suspek berusia 29 tahun tersebut turut merogol mangsa berusia 27 tahun itu. 

“Susulan itu, pertuduhan sebelum ini  dipinda di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK. 

“Turut dituduh, empat lagi suspek yang ditahan selepas mendapat arahan dari Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu. Ashaari dilaporkan berkata, empat suspek berusia 25 hingga 32 tahun dipercayai terbabit dalam kes rogol berkumpulan seorang wanita di Wangsa Maju di sini, pada 30 Ogos lalu, ditahan dalam operasi khas pada 7 hingga 9 September lalu. 

Beliau  berkata, seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Melawati di sini kelmarin, menerusi operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

“Ia disusuli penahanan dua lelaki warga tempatan di Bachok, Kelantan manakala seorang lagi suspek lelaki warga tempatan ditahan di Setapak.

“Penahanan empat lelaki berkenaan menjadikan keseluruhan lima suspek ditangkap dan dipercayai terbabit dalam kes itu,” katanya. 

Pada 8 September lalu, abang ipar kepada mangsa didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

30 Ogos lalu, media melaporkan mangsa tersedar daripada tidur apabila tangannya diikat dan mulutnya dilekatkan dengan pita pelekat oleh suspek pada pukul 3.30 pagi. 

Mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir tiga lelaki dipercayai rakan abang iparnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya