Liat bayar hutang - Utusan Malaysia

Liat bayar hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, bagaimanakah cara terbaik untuk kita menagih atau meminta bayar balik hutang kepada orang yang berhutang sedangkan banyak kali sudah diminta dengan si pemiutang tersebut tetapi tidak diendahkan?

Murad Arip
Brunei

Jawapan
Cara yang terbaik adalah kita mengingatkan dia kepada risiko-risiko yang akan ditanggung orang yang berhutang selepas meninggal dunia sekiranya tidak sempat membayar hutang. Pada masa sama, boleh juga memberi kemudahan kepadanya untuk membayar secara ansuran supaya dia dapat menjelaskan hutang tersebut.

Tak datang jemputan majlis kahwin

Soalan
Apakah hukumnya orang yang tidak hadir jemputan kenduri kahwin yang dijemput secara umum di dalam group WhatsApp?

Mohd. Zubir
Perak

Jawapan
Hukumnya tidak berdosa dan tidak wajib hadir kerana jemputan dibuat secara umum. Jemputan yang wajib hadir adalah jemputan yang secara khusus, jemputan dan lokasi tidaklah terlampau jauh dari rumah seperti tidak melebihi dua marhalah.

Menyesal murtad

Soalan
Saya mengenali seseorang yang telah mengakui dia murtad, tetapi telah menyesal dan ingin bertaubat. Adakah dia perlu mengucap kalimah syahadahnya di depan saksi untuk dia kekal sebagai seorang Islam?

Rohana
Klang

Jawapan
Apabila dia mengucap semula dan bertaubat nasuha maka dia kembali kepada Islam. Bagaimanapun, semua ibadah yang ditinggalkan olehnya ketika murtad wajib diqada.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya