Lelaki onani atas motosikal ditahan polis

Lelaki onani atas motosikal ditahan polis

TANGKAP layar video seorang lelaki melakukan onani di atas motosikal di Taman Delima, Kluang yang tular sejak kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh iaitu beronani di atas motosikal di Taman Delima dekat sini berjaya dikesan dan ditangkap polis daerah Kluang, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian kira-kira pukul 1 pagi pada 20 September itu dikesan tular melalui laman sesawang Facebook berdurasi 34 saat sejak kelmarin. 

Katanya, hasil siasatan mendapati lelaki warga tempatan berusia lingkungan umur 21 tahun itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain saringan air kencing negatif daripada pengaruh dadah. 

“Bagaimanapun, kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. 

“Siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti tujuan lelaki itu melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat terbuka,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

Menurut Bahrin lagi, perintah tahanan reman keatas lelaki berkenaan dilakukan hari ini bagi membolehkan siasatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya