Lebih RM216,000 barang kes dilupus

Lebih RM216,000 barang kes dilupus

HUSSEIN Omar Khan melihat barangan rampasan yang dilupuskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini melupuskan barang kes membabitkan mesin bitcoin, rokok dan minuman keras yang dirampas bagi tempoh 2019 hingga tahun ini dengan nilai anggaran RM216,318.26.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, pelupusan barang kes Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang itu melibatkan dua kes rampasan bitcoin dan masing-masing tiga kes rampasan rokok dan minuman keras.

Menurut beliau, bagi kes mesin bitcoin, rampasan membabitkan sebanyak 80 mesin melombong bitcoin dan 80 mesin bekalan kuasa yang dianggarkan bernilai RM65,733.68, 3,381 karton rokok pelbagai jenama bernilai RM150,406.72 termasuk 228 botol, 176 tin dan lima karton minuman keras berjumlah RM177.86.

“Arahan pelupusan barang kes diperoleh dari Majistret Mahkamah Sepang, Muhammad Bukhori Md. Ruslan mengikut Seksyen 406A Kanun Prosedur Jenayah.

“Daripada keseluruhan lapan kes, enam daripadanya dituduh di mahkamah manakala dua lagi kes mendapat keputusan tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Timbalan Pendakwa Raya Selangor,” katanya dalam sidang akhbar pada majis pelupusan barang kes IPD Sepang hari ini.

Beliau berkata, bagi barang kes mesin melombong bitcoin, pelupusan dijalankan dengan menghancurkan mesin-mesin tersebut secara manual manakala cecair minuman keras akan diasingkan secara kimia sebelum dilupuskan secara pemeruapan dan botol-botol serta tin akan dikitar semula.

Sementara itu, katanya, bagi rampasan rokok, semua barang kes akan dibakar di dalam kebuk pembakaran.

“Proses pelupusan dilakukan oleh sebuah syarikat yang menerima pensijilan dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara untuk menjalankan pelupusan bagi aset-aset kerajaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya