Lebih 10,000 sertai program Keretapi Sarong sempena Hari

Lebih 10,000 sertai program Keretapi Sarong sempena Hari Malaysia

LEBIH 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum menunjukkan rasa cintakan negara dengan menyertai program persembahan kilat berkumpulan, Keretapi Sarong 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum menunjukkan rasa cintakan negara dengan menyertai program persembahan kilat berkumpulan, Keretapi Sarong 2023 yang berlangsung di sini hari ini.

Program itu menghimpunkan rakyat yang mengenakan pelbagai jenis kain sarung dan pakaian tradisional dengan menggunakan pengangkutan awam terutamanya transit aliran ringan (LRT) dan KTM Komuter.

Kesemua peserta berkumpul di KL Sentral sebelum menaiki LRT beramai-ramai ke tempat perhimpunan utama di Dataran merdeka.

Dalam perhimpunan itu, para peserta menunjukkan ekspresi cintakan tanahair masing-masing dengan menari dan menyanyi lagu-lagu rakyat serta lagu berentak irama Malaysia.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan peserta mengenakan busana etnik-etnik yang terdapat di Malaysia seperti Iban, Kadazan, Baba dan Nyonya.

Selain peserta dari Lembah Klang, ada juga peserta yang sanggup datang daripada jauh seperti Melaka, Perak dan Kelantan bagi merasai sendiri kemeriahan program tahunan berkenaan.

Pengunjung dari Kelantan, Nur Fatin Nabila Mukhtar, 23, berasa teruja, pertama kali menyertai program itu.

“Seronok sangat sebab dapat lihat ramai pengunjung mengenakan pakaian tradisional secara fizikal. Sebelum ini, cuma dapat lihat melalui siaran televisyen sahaja,” katanya.

Dia juga berharap program ini dapat diteruskan setiap tahun kerana dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN