Lantikan JPKKP tidak wajar, kerajaan sepatutnya iktiraf peranan MPKK - Utusan Malaysia

Lantikan JPKKP tidak wajar, kerajaan sepatutnya iktiraf peranan MPKK

MOHD. SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Lantikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) disifatkan sebagai tidak wajar memandangkan kerajaan negeri telah melakukan pemilihan Majlis Pembangunan dan Keselamatan Kampung (MPKK).

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan Persekutuan seharusnya mengiktiraf peranan MPKK memandangkan pihak terlibat juga berkhidmat untuk rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, malah, situasi itu juga akan mengelirukan rakyat memandangkan kedua-dua lantikan itu mempunyai peranan dan fungsi yang sama.

“Jadi selepas ini, andainya ada pihak yang ingin dapat bantuan buku dan sebagainya daripada Jabatan Pendidikan, mereka perlu mendapatkan tandatangan JPKKP.

“Dan jika ingin memohon bantuan seperti Baitulmal pula, mereka perlu dapatkan tandatangan MPKK, jadi keadaan ini akan menimbulkan kecelaruan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Perlis bakal menjadi negeri rintis pertama memulakan pemilihan Pengerusi JPKKP selepas mendapat persetujuan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozabil Abd. Rahman dilaporkan berkata, pelantikan itu bagi peringkat negeri ini juga dijangka dibuat pada bulan ini atau Oktober depan.

Mengulas mengenai pelantikan MPKK, Mohd. Shukri berkata, buat masa ini setiap pengerusi yang dipilih tidak menerima sebarang elaun daripada kerajaan negeri.

“Bagaimanapun kita tengah usahakan agar elaun itu dapat dimasukkan dalam bajet untuk diberikan kepada pihak yang dilantik,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Pas atau ‘State-Goverment 4′(SG4), Mohd Shukri berkata, langkah itu adalah amat bertepatan bagi pembangunan negeri terlibat.

Katanya, Dr. Mahathir mempunyai pengalaman dan jaringan yang hebat termasuk dengan dunia luar yang pastinya dapat membantu setiap negeri berkenaan.

“Beliau akan pantau pembangunan ekonomi empat negeri ini dan membantu dalam memberi khidmat nasihat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya