PETALING JAYA: Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengambil serius terhadap bahaya serangan penyakit jantung dan tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi.
Serangan jantung adalah pembunuh nombor satu rakyat di negara ini dan boleh berlaku pada bila-bila masa jika tidak dicegah dari awal.
Tekanan darah tinggi pula dikenali sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana penyakit kronik itu tidak menunjukkan sebarang gejala yang ketara terhadap badan manusia.
Malaysia mencatatkan kadar hipertensi sangat tinggi yang mana tiga daripada 10 orang dewasa terjejas dengan situasi yang kronik berkenaan.
Berdasarkan statistik di negara ini, satu daripada tiga orang dewasa berumur 18 tahun ke atas mengalami hipertensi tanpa disedari.
Sehubungan itu, sebanyak 35.3 peratus individu menghidap penyakit tersebut mempunyai bacaan tekanan darah 140/90 atau lebih tinggi daripada itu.
Namun, sikap tidak mengambil serius berkenaan dua penyakit berbahaya ini boleh membawa kepada komplikasi serius seperti strok kemudian kegagalan organ dalam badan.
Komplikasi teruk disebabkan tekanan darah yang terlalu tinggi itu turut menjejaskan kesihatan jantung.
Justeru, terdapat tiga cara tiga cara untuk memeriksa kesihatan jantung bermula dari rumah:
- Ukur kadar denyutan jantung semasa berehat
Bagi orang dewasa, kadar denyutan jantung purata semasa berehat adalah berkisar antara 60-100 denyutan seminit. Secara umumnya, kadar denyutan jantung akan secara beransur-ansur menjadi lebih rendah apabila usia manusia semakin tua.
2. Ambil ujian tangga
Pertama perlu menetapkan pemasa dan cuba naik empat tingkat tangga. Jika mengambil masa lebih daripada 90 saat atau berasa sesak nafas atau sakit dada, ini mungkin petanda kepada penyakit arteri koronari. Bagaimanapun,anda harus berjumpa doktor bagi ujian yang lebih komprehensif, yang mana ia boleh mengesan perubahan dalam tekanan darah dan irama jantung.
3.Ukur tekanan darah anda
Pemantauan terhadap tekanan darah hendaklah kerap dilakukan dan sebaiknya penggunaan pemantau tekanan darah digital dapat membantu anda melakukannya dengan mudah dan tepat.
Hipertensi menjejaskan 6.4 juta rakyat Malaysia bersamaan kira-kira tiga daripada 10 orang dewasa.
Ini kerana faktor risiko yang ketara untuk penyakit jantung tetapi ia sering berkembang tanpa dikesan disebabkan tiada gejala sehingga tekanan darah mencapai tahap berbahaya.
Sementara itu, Pakar Perubatan Keluarga di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Madya Dr. Verna Lee Kar Mun berkata, sebaik sahaja munculnya tanda-tanda amaran seperti penglihatan yang kabur, pening-pening, sakit dada dan kesukaran untuk bernafas, ini bermakna komplikasi sudah berlaku.
Justeru beliau menyarankan tiga langkah mudah untuk dalam cara penjagaan pemantauan terhadap tekanan darah tinggi.
- Selalu periksa BP (tekanan darah)
Dr Verna menyarankan agar orang ramai memeriksa tekanan darah sekurang-kurangnya setahun sekali walaupun berasa sihat.
Katanya, bagi memudahkan urusan, dapatkan pemeriksaan tekanan darah setiap kali berjumpa doktor semasa mendapatkan konsultasi apabila batuk atau selesema.
“Walaupun tekanan darah lazimnya akan sedikit naik semasa anda tidak sihat, ia sepatutnya tidak akan melepasi 140/90.
Hanya bacaan yang melebihi 140/90 secara konsisten walaupun tiada penyakit akan didiagnosis sebagai menghidap hipertensi,” katanya.
- Ambil perhatian perkara yang boleh menaikkan BP anda
Dr. Verna berkata, terdapat banyak faktor lain yang tidak diketahui ramai yang boleh menjadi penyumbang kepada tekanan darah tinggi, selain daripada kesihatan yang tidak dijaga dan pengambilan garam yang berlebihan.
Jelasnya, hipertensi sekunder boleh terjadi disebabkan oleh keadaan kesihatan lain yang sering dikaitkan dengan apnea tidur okstruktif (OSA) yang lazimnya dialami individu obes, yang mana saluran darah menjadi sempit.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan tertentu, seperti ubat pelega (dekongestan) yang berfungsi menyempitkan saluran darah dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs), turut membawa kepada pengekalan garam dan air dalam badan kemudian menjurus kepada peningkatan tekanan darah.
- Bantu doktor untuk membantu menguruskan BP anda
Beliau menasihati pesakit lebih bersikap terbuka tentang kesihatan secara keseluruhan sama ada mempunyai sejarah hipertensi dalam keluarga dan tabiat gaya hidup akan membantu doktor anda membantu anda.
Sebagai contoh, situasi seperti kebimbangan atau kemurungan yang boleh menjejaskan emosi seseorang sehingga membuatkan tekanan darah naik atau menjadikan hipertensi lebih sukar dikawal.
Doktor boleh membantu untuk menetapkan sasaran yang boleh diukur dengan menggunakan bacaan tekanan darah, selain membantu merancang pelan pengurusan berat badan anda.
Rangkaian pemantau tekanan darah OMRON yang diiktiraf secara klinikal kini dilengkapi dengan app OMRON Connect komprehensif yang menampilkan program ganjaran HealthGift yang menggalakkan tabiat harian yang sihat, contohnya, dengan memberikan HealthCoins untuk memantau tekanan darah anda setiap hari.
HealthCoins ini kemudiannya boleh ditebus untuk baucar menarik seperti Shell, Touch ‘n Go, Family Mart dan banyak lagi. Tambahan pula, pengguna HealthGift juga boleh mengambil bahagian dalam pembidaan bulanan atau suku tahunan untuk memenangi hadiah menarik seperti iPad, peralatan Dyson dan banyak lagi! Untuk maklumat lanjut atau memuat turun aplikasi, lawati www.omronhealthcare-ap.com/my. – UTUSAN