Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi digantung, bukan ditamatkan - Utusan Malaysia

Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi digantung, bukan ditamatkan

LOH Sze Yee pada Sidang DUN Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Laluan penerbangan Ipoh-Langkawi digantung buat sementara waktu, bukannya ditamatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, dengan merujuk kepada syarikat penerbangan AirAsia dan pihak Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) sendiri, laluan tersebut hanya digantung buat sementara waktu.

Tambahnya, pengoperasian semula laluan penerbangan itu masih belum dikenalpasti dan memerlukan kajian daripada pihak-pihak tersebut.

“Sebarang laluan adalah di bawah bidang kuasa syarikat penerbangan dalam menentukan potensi laluan baru di LTSAS ke lain-lain destinasi atau sebaliknya dan juga dengan kerjasama dan kelulusan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Steven Tiw Tee Siang (DAP-Tronoh) yang bertanyakan tentang laluan tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Kata Sze Yee, buat masa ini, syarikat penerbangan yang beroperasi di LTSAS adalah AirAsia dan Flyscoot. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya