Laluan LPT1 mendap dibuka semula petang ini

Laluan LPT1 mendap dibuka semula petang ini

ALEXANDER Nanta Linggi ( kanan ) beramah mesra bersama media Pahang selepas melawat lokasi projek tebatan banjir LPT1 di KM 117.8 arah Barat Temerloh hari ini. -UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Laluan di Kilometer 117 Arah Barat Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT1), dekat Temerloh yang ditutup sejak 10 September lalu akan dibuka semula selewat-lewatnya petang ini. 

Pembukaan laluan itu lebih awal dari tempoh ditetapkan susulan kerja tapak dijalankan oleh pihak konsensi di lokasi kejadian mendapan. 

Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam satu kenyataan media berkata, mendapan di laluan itu dikenal pasti berpunca daripada kegagalan cerun tambahan bagi projek tebatan banjir di Kilometer 117.8 hingga 117.9.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang melakukan tinjauan di lokasi itu hari ini berpuas hati dengan tindakan segera diambil pihak konsensi LPT1 bagi mengatasi masalah berkenaan. 

“Kerja pembaikan ini bermula 13 September lalu dan pada asalnya dijadualkan mengambil masa selama 14 hari. 

“Bagaimanapun, ia dapat disiapkan dalam tempoh lapan hari sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada media selepas melawat lokasi kejadian kegagalan cerun tambakan projek tebatan banjir LPT1di Kilometer 117.8 arah Barat hari ini.

Tegasnya, penyiapan lebih awal ini disebabkan kerja dilaksanakan secara intensif antara 16 jam sehingga 24 jam sehari.

Nanta Linggi turut diberi taklimat oleh wakil Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan ANIH Berhad mengenai kejadian kegagalan cerun tambakan dan cadangan pelan tindakan mitigasi yang telah dan akan diambil bagi menyiapkan projek tebatan banjir di kawasan terlibat.

Laluan itu dijangka boleh digunakan aemula jam 6 petang ini. 

“Pembukaan lebih awal laluan ini juga bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya terbabit.

“Ia adalah selaras dengan usaha kerajaan Madani melaksanakan penambahbaikan infrastruktur seperti tebatan banjir ini.

“Selain itu, usaha berkenaan berkait rapat dengan kempen My Jalan yang dilancarkan oleh KKR baru-baru ini dalam meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan juga lebuh raya mengenai aspek keselamatan dan keselesaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya