Laku keras resipi sambal sotong Ira - Utusan Malaysia

Laku keras resipi sambal sotong Ira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga pun sama macam netizen-netizen sekalian juga yang perasan sejak kebelakangan ini, isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar, rajin membuat perkongsian resipi masakannya di media sosial.

Tak sangka juga, rupa-rupanya anak pelakon Kazar Saisi yang seorang ini, ‘terer’ dalam bab masak memasak di dapur. Paling mendapat sambutan adalah ketika dia berkongsi resipi memasak sambal sotong caranya.

Wah! Ramai betul yang berikan respons. Siap cuba buat jugalah di rumah nak tahu sama ke tidak rasa macam kaedah masakan Ira.

Memanglah resipi itu boleh saja dicari di ruangan internet atau paling kurang pun, tanyalah para ibu masing-masing bukan.

Tetapi rasa Cik Bunga, peminat dan pengikut Ira ini mungkin nak mencuba berinteraksi dengan Ira.

Maklumlah, selama ini pun Ira tak adalah begitu aktif atau mahu berkongsi sangat di media sosial. Rasa Cik Bunga, dia tak berapa hendak berkongsi gambar bersama Syamsul pun.

Ada lah hari itu, sekali dua, dia ada muat naik dan ‘belanja’ gambar Syamsul di Instagram Story (IGS). Tapi resipi sambal sotong Ira paling laku keras Cik Bunga tengok. Ramai yang responsif. Sesekali timbul juga rasa lucu di hati.

Bukan apa, teringat sebelum ini, semasa Ira dilanda kontroversi membabitkan hubungannya dengan Syamsul dan Puteri Sarah, ramai yang kecam dirinya.

Tup-tup, bila dia kongsi resipi sambal sotong, bukan main ramai yang respons.

Tapi itulah agaknya cara Ira pikat hati Syamsul ya. Macam orang tua-tua selalu berkata, nak pikat suami, ikatlah perutnya. Tak begitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya