Lagi harimau kumbang masuk perangkap

Lagi harimau kumbang masuk perangkap

SEEKOR harimau kumbang ditangkap selepas masuk ke dalam perangkap yang dipasang Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Beting Ulu, Kuala Pilah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEEKOR lagi harimau kumbang ditangkap selepas masuk perangkap di Kampung Beting Ulu, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, kelmarin iaitu lokasi sama seekor harimau kumbang betina ditangkap pada 18 September lalu.

Perangkap itu dipasang semula oleh Jabatan Perhilitan pada hari Sabtu lalu selepas tangkapan pertama itu dilakukan kerana mempercayai masih ada lagi harimau kumbang di lokasi berhampiran.

Harimau kumbang kedua yang ditangkap itu saiznya lebih kecil berbanding saiz harimau kumbang pertama.

Haiwan itu yang pertama ditangkap sebelum ini seberat 40 kilogram dan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan dan pemeriksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya