Kronos Tranung Junior Cup dapat sokongan padu

Kronos Tranung Junior Cup dapat sokongan padu, peluang jadi penaja masih dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup di Padang KTC Arena, Batu Buruk, Terengganu pada 28 Oktober ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk dari aspek penajaan untuk sama-sama memeriahkan penganjuran edisi kedua itu. 

Sehingga kini, sebanyak 20 jenama peniaga sedia bekerjasama dengan Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA) sebagai penaja bagi kejohanan tersebut yang bertujuan menyemarakkan usaha pembangunan bakat bola sepak di peringkat akar umbi.

KEJOHANAN Kronos Tranung Junior Cup bertujuan menyemarakkan usaha pembangunan bakat bola sepak di peringkat akar umbi.

Duta Kronos yang juga penaung KTSA, Mohd. Yusran Mat Sharif berkata,  Sport Paragon, KTC Arena dan GLE Centre Sdn. Bhd. yang merupakan pengeluar serta pengedar produk Kopi Pracampuran Super Jantan adalah penaja utama mereka.

“Sebanyak 17 peniaga dan usahawan iaitu Red One, Sam Jasa Ayoh Trading, Warung Nasi Padang Bukit Kecil, Arca Imej Optometris, Johan Services, Paijang Sport, NS 7 Global Ventures, SASS Enterprise, KNZ Elektrik serta Fokus Jaya Trading merupakan penaja bersama KTSA.

“Selain itu, RS Construction, Sri Berangan Ent., SMD 49 Enterprise, HM 99, Ikhwanul Muslimin, dan I Sempurna turut menjadi penaja manakala Manis FM adalah penaja penyiaran bagi kejohanan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohd. Yusran, pihaknya masih membuka peluang kepada mana-mana usahawan dan badan korporat untuk menjadi penaja Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup 2023 sekali gus bersama-sama menyokong usaha pembangunan bakat bola sepak peringkat akar umbi.

Katanya, kerjasama itu juga pada masa sama membuka peluang kepada peniaga mempromosikan jenama masing-masing.

Kejohanan Kronos Tranung Junior Cup 2023 melibatkan penyertaan 32 pasukan bawah usia 12 tahun.

Penganjuran edisi kali ini  lebih besar dan mencabar dengan penyertaannya dibuka kepada pasukan dari seluruh negara.

Mana-mana pihak yang mahu bekerjasama  dengan KTSA sebagai penaja kejohanan tersebut, boleh menghubungi urusetia promosi serta penajaan, Encik Azman di talian 011-29209053. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya