KPM siap siaga hadapi bencana banjir - Utusan Malaysia

KPM siap siaga hadapi bencana banjir

FADHLINA Sidek beramah-mesra dengan murid selepas merasmikan Pusat Multidimensi di SK Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini. - Pic IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi bencana banjir susulan musim tengkujuh yang mula melanda ketika ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menjadi tanggungjawab rutin kementerian itu bagi mendepani sebarang kemungkinan.

FADHLINA SIDEK

“Kerjasama dengan Nadma antara persediaan terbesar yang biasa kita buat, maknanya menuju ke musim tengkujuh dan persiapan-persiapan lain berkaitan dengan bencana banjir khususnya.

“Sekiranya ada apa-apa isu, kita telah menyiapkan sebahagian besar mekanisme dan pusat pemindahan sementara (PPS) yang sudah sentiasa bersedia khususnya sekolah-sekolah kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung persediaan KPM susulan musim hujan yang melanda beberapa negeri.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal merasmikan Pusat Multidimensi di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh, Nibong Tebal di sini hari ini.

Sekolah terbabit turut menerima sumbangan RM100,000 daripada KPM bagi tujuan penyelenggaraan dan baik pulih.

Pusat Multidimensi adalah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kedua yang dilaksanakan pengeluar produk tenusu terkemuka selepas projek rintis dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Murid yang terpilih berpeluang mengikuti pelbagai program antaranya kelas tuisyen percuma termasuk kelas mengaji serta kelas kerohanian atau kaunseling bagi membantu mengawal tekanan hidup dan emosi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya