Kontena terbalik, halang laluan Jalan Klang - Sabak Bernam - Utusan Malaysia

Kontena terbalik, halang laluan Jalan Klang – Sabak Bernam

Kontena terbalik
KEADAAN lori terbalik dan menghalang laluan kedua-dua arah Jalan Klang - Sabak Bernam dekat Kampung Sungai Terap, Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Jalan Klang – Sabak Bernam di kedua-dua arah dekat Kampung Sungai Terap berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Terap, terhalang selepas sebuah lori kontena terbalik dalam satu kemalangan di sini, tengah malam tadi.

Kontena terbabit dikatakan membawa muatan bahan kimia dalam perjalanan dari arah Sabak Bernam menghala ke Klang sebelum terbalik dan menghalang kedua-dua laluan lebih lapan jam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.23 pagi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.

Menurutnya, pegawai dan anggota balai berkenaan turut dibantu oleh pasukan Hazmat Shah Alam dan Rawang.

“Sampai di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah lori kontena membawa muatan bahan kimia. Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 44 tahun dipercayai pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Pasukan Hazmat mengenalpasti bahan iaitu epoxy resin, 115 tong (200 liter) setiap tong, bacaan 4 gas meter mendapati tiada unsur yang membahayakan. Treler masih melintang jalan dan usaha mengalihkannya sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pada pukul 10 pagi tadi, satu lorong laluan menghala ke Sabak Bernam sudah dibuka, namun kedua-dua lorong arah Kuala Selangor masih ditutup.

Sementara itu, pemerhatian pemberita di jalan berkenaan pada pukul 9 pagi tadi mendapati laluan tersebut masih terhalang dan pengguna jalan raya diarahkan melalui Jalan Sungai Terap – Lorong 7 – Lorong 5 sebagai alternatif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya