KKDW terus jana hasil pertanian kukuhkan sekuriti makanan - Utusan Malaysia

KKDW terus jana hasil pertanian kukuhkan sekuriti makanan

RUBIAH Wang ketika melawat PERDA Food Valley di Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini. - Pix: SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

TASEK GELUGOR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) giat merancakkan pengeluaran hasil pertanian di negeri ini sekali gus mengukuhkan sekuriti makanan negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, Taman Agroteknologi Pertanian PERDA dan Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang (PERDA Food Valley) seluas 138 hektar itu diusahakan dengan tanaman kontan dan aktiviti penternakan.

“Sehingga Ogos tahun ini, pengeluaran hasil tanaman di sini mencecah 4,201 tan metrik bersamaan RM6,352,709 juta.

“Seramai 130 peserta dan syarikat ketika ini sedang menyewa tanah berkenaan pada kadar sewaan RM50 sehingga RM150 seekar.

“Saya tertarik melihat format yang dilaksanakan PERDA dan Jabatan Pertanian walaupun kaedah konvensional digunakan untuk mengusahakan tanah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Taman Agroteknologi Pertanian Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Ara Kuda, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendekatan yang dilakukan kedua-dua agensi itu wajar dikembangkan supaya dapat dijadikan contoh dalam membangunkan petani tempatan.

“Saya sendiri tertarik dengan modul penggiliran tanaman di mana tanaman sayur atau buah yang berbeza diusahakan di kawasan sama mengikut urutan.

“Ini satu langkah proaktif untuk menggalakkan ladang ditadbir secara komersial dan hasil pendapatan optimum dapat diperolehi sekali gus meningkatkan pengeluaran makanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya