KKDW nilai tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk projek tanam padi

KKDW nilai tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk projek tanam padi

RUBIAH Wang ketika melawat Taman Agroteknologi Pertanian PERDA di Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Sabah dan Sarawak yang sesuai bagi pelaksanaan projek penanaman padi.

Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan di Kota Belud dan Stumbin di Sri Aman yang bakal membantu mempertingkat sektor agromakanan tempatan.

“Kedua-dua kawasan yang masing-masing seluas lebih 5,000 hektar akan dibangunkan menerusi Felcra di Sabah manakala di Sarawak, kita bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi tujuan sama.

“Kita kini di peringkat pra, maksudnya dalam usaha penilaian tanah dan kenal pasti para peserta yang akan terlibat dalam pembangunan tanaman padi ini,” katanya selepas melawat Taman Agroteknologi Pertanian Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di Ara Kuda, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya terus berusaha dalam menangani isu keterjaminan makanan serta meningkatkan pengeluaran pertanian dan makanan negara.

“Selain tanaman kelapa, kita rancakkan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengukuhkan sekuriti makanan.

“Menerusi penglibatan pelbagai agensi bawah kementerian antaranya PERDA, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), kita bantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meningkatkan pengeluaran makanan negara,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan kerajaan sudah mengenal pasti kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak untuk pelaksanaan projek penanaman padi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya