Kita merancang, tapi perancanganNya terbaik - Noor Nabila - Utusan Malaysia

Kita merancang, tapi perancanganNya terbaik – Noor Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan terkenal, Noor Nabila reda pengakhiran perkahwinannya dengan Engku Emran yang ternoktah secara rasminya dengan perceraian Isnin lalu.

Berkongsi luahan hati di Instagram, ibu seorang cahaya mata itu berharap segera hatinya disembuhkan Tuhan selepas diduga perceraian.

“Jika Ia tidak ditakdirkan untuk awak, tak kira seberapa lama atau seberapa sukar anda mencuba, ia bukan untuk anda. Kita merancang, tapi perancanganNya terbaik.

“Semoga Allah memberi saya bimbingan dan kesembuhan, penuhkan hati saya dengan ketenangan,” katanya.

Nabila bercerai dengan Engku Emran selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.

Kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Sharnaaz Ahmad namun bercerai para tahun 2020. Mereka dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya