Keupayaan, stabil kewangan faktor serah semula aset Tabung Haji

Keupayaan, stabil kewangan faktor serah semula aset Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan menyerahkan semula aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada syarikat bertujuan khas (SPV) pada tahun 2018 dibuat setelah mengambil kira keupayaan dan kestabilan kewangan lembaga berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, keupayaan dan kestabilan TH sekarang adalah hasil kejayaan Pelan Penstrukturan dan Pemulihan yang dilaksanakan sebelum ini.

Katanya, TH akan memulakan perbicangan secara rasmi bersama Kementerian Kewangan untuk langkah-langkah pentadbiran pengambilan semula aset yang dipindahkan tersebut.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus berusaha bersungguh-sungguh untuk melonjakkan Lembaga Tabung Haji dengan tadbir urus integriti dan profesional demi menjaga kepentingan umat Islam serta pendeposit. 

“Keputusan yang  diambil Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) selaku Menteri Kewangan telah membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan untuk memartabat Tabung Haji selaku institusi berdaya saing serta model pengurusan terbaik yang menghayati nilai-nilai Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

MOHD. NA’IM MOKHTAR

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menyerahkan semula semua aset milik TH yang dipindahkan ke syarikat SPV iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. secara berperingkat-peringkat.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan dipegangnya berpuas hati dengan prestasi kewangan TH yang terus memulih.

Dilaporkan pada Disember 2018, TH memindahkan aset yang tidak menguntungkan semuanya bernilai kira-kira RM19.9 bilion kepada SPV sebagai langkah  memantapkan kedudukan kewangannya semula.

Antara aset TH yang dipindahkan kepada SPV adalah Tun Razak Exchange (TRX); TH Hotel Terengganu, Alor Setar, Kota Kinabalu dan Bayan Lepas; Hicom Glenmarie;Platinum Park serta Precint 4 Putrajaya.

Pegangan ekuiti pula yang dipindahkan daripada TH kepada SPV adalah Alam Maritim Resources Berhad, Axiata Group Berhad, Boustead Heavy Industries Corporation, Boustead Plantations Berhad, Brahims Holdings Berhad, Felda Global Ventures Holdings Berhad dan Gamuda Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya