Kes tuntutan Sulu, bukan perjalanan yang mudah

Kes tuntutan Sulu, bukan perjalanan yang mudah

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan Malaysia dalam isu kes tuntutan Sulu bukan mudah dan banyak pengajaran yang dipelajari sehingga hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, di sebalik kesusahan ini, negara menyedari bahawa apa yang kita alami bukanlah unik kepada Malaysia sahaja tetapi kepada banyak negara lain juga.

“Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog ini dengan pakar industri untuk memberi penerangan tentang amalan arbitrasi yang tepat mengikut undang-undang dan untuk berkongsi pandangan kami dengan komuniti timbang tara antarabangsa.

“Siri khusus ini adalah hasil usaha kolektif oleh Malaysia untuk menyatukan komuniti timbang tara antarabangsa serta untuk penambahbaikan sistem timbang tara dengan berkongsi pengajaran susah payah malaysia dalam kes sulu yang berlaku.

“Negara telah menghabiskan banyak masa, usaha dan sumber untuk mempertahankan negara kita daripada tuntutan palsu ini di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kolokium Timbang Tara Antarabangsa 2023: Kedaulatan dan Kekebalan Negara dalam Timbang Tara Komersial Edisi London.

Pada 28 Februari 2022, agensi berita Sepanyol melaporkan penimbang tara negara itu, Dr. Gondoza Stampa mengarahkan Malaysia membayar pampasan AS$14.92 billion (RM62.59 billion) kepada waris Sultan Sulu. Pampasan tersebut membabitkan bagi tanah Sabah yang didakwa di pajak nenek moyang mereka kepada syarikat Perdagangan British.

Malaysia didakwa tidak membayar wang pemisah (pampasan) berjumlah RM5,300 setahun sejak 2013 dan oleh itu dikatakan melanggar Perjanjian 1987 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam dengan Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.

Pada Jun 2023, Malaysia memperoleh kemenangan dalam Mahkamah Rayuan Paris dan Mahkamah Rayuan The Hague. Keputusan mahkamah ini memastikan bahawa anugerah palsu tidak boleh dipercayai di Perancis atau Belanda untuk sebarang tujuan.

Azalina berkata, hasil daripada tindakan kerajaan ini, kita telah memperoleh mercu tanda untuk Malaysia dan perkembangan positif yang lain juga.

Katanya, pencapaian ini adalah satu usaha bersama daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beberapa hari lepas, Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Kuala Lumpur dan SOAS University of London, Arbitration and Dispute Resolution Centre (SADRC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di London, bagi melaksanakan amalan terbaik berkaitan penyelesaian pertikaian termasuk timbang tara.

“MoU itu akan menyaksikan AIAC dan SADRC mengembangkan lagi aktiviti pengajaran dan penyelidikan sebagai alternatif penyelesaian pertikaian selaras amalan terbaik antarabangsa, sekali gus menyelaras usaha menggalakkan penyelesaian pertikaian alternatif,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya