PETALING JAYA: Reman sepasang suami isteri disambung bagi membantu siasatan kes penemuan tiga mayat warga Sri Lanka di sebuah rumah di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Allaudeen Abdul Majid berkata, reman dua warga Sri Lanka berusia 40-an itu disambung tujuh hari lagi sehingga 6 Oktober ini.
“Setakat ini, tiada perkembangan baharu dan polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 23 September lalu, media melaporkan polis menemukan mayat warga Sri Lanka di bilik stor di lokasi kejadian selepas pihak polis menerima panggilan berkaitan satu pergaduhan pada 22 September.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, ketika-tiga mayat itu diletakkan dalam keadaan bertindan, diikat kaki dan tangan manakala kepala mereka ditutup dengan plastik selain seorang daripada mangsa ditemukan dalam keadaan bogel. – UTUSAN